Image Banner

JUALAN REMPEYEK DARUL HAAFIZHIIN

Pusat Tahfiz Darul Haafizhiin telah menjalankan projek penjualan rempeyek bagi menampung perbelanjaan Darul Haafizhiin yang terjejas akibat COVID-19

Terdapat 3 jenis rempenyek iaitu ikan bilis, bilis kacang tanah dan bilis kacang dal. Dijamin rangup dan sedap. Setiap balang dijual dengan harga RM25 sahaja.

Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan rempeyek yang rangup, boleh menghubungi Pn Afira 0132062404 atau hadir ke pejabat PTDH di Kampung Datuk Keramat.

 


Ustaz Aryf (Pengetua PTDH) bersama Abdul Aziz membuka booth jualan rempeyek di Madrasah Taman Maluri, KL

 

LAGI

PENGAMBILAN PELAJAR BARU 2021 ( MENENGAH )

Pengambilan pelajar baru Darul Hafizhiin Al-Furqan, 2021

LELAKI DAN PEREMPUAN

Syarat Kemasukan

- Berumur 13 hingga 15 tahun
- Boleh membaca Al-Quran dengan baik
- Mempunyai akhlak yang baik



Kelebihan darul Hafizhiin Al-Furqan

- Mempunyai suasana madrasah yang nyaman dan sesuai untuk menghafal al-Quran
- Tenaga pengajar berkelulusan daripada timur tengah
- Aktiviti kokurikulum seperti berkuda, memanah, agrofarm dan lain-lain.
- 1 Guru dengan 7 orang pelajar hafazan.
- Pengajian bahasa arab pra universiti
- Mengajian kitab setiap hari
- Asrama lengkap 8 orang sebilik
- Mengambil SPM setelah syahadah Al-Quran



Yuran DHF 

YURAN PENGAJIAN PROHUFFAZ.pdf
( Klik Untuk Yuran DHF )

 

Isi Borang Pendaftaran 

bit.ly/INTAKE-PTDHF
( Klik Borang Pendaftaran )

 

LAGI

KEM JATI DIRI 2020

Pada 13 dan 14 Februari yang lalu, seramai 51 orang pelajar PTDH telah menyertai Kem Jati Diri 2020 anjuran PTDH. Pada tahun ini kem ini dijalankan di AsiaCamp yang terletak di Semenyih. Program ini bertujuan untuk memupuk sifat berani dan jati diri para pelajar. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti melalui halangan 'obstacle', jungle trekking, water confidence dan beberapa aktiviti indoor. Para pelajar menzahirkan rasa bersemangat dan terdapat juga yang tidak mampu mengharungi kesemua aktiviti disebabkan sifat kurang keyakinan diri. Setelah di berikan semangat oleh kawan-kawan akhirnya kesemua pelajar berjaya menamatkan program ini dengan jayanya.

LAGI

YURAN | SUMBANGAN | ZAKAT

YURAN

Terdapat dua pemilihan bayaran bagi pembayaran Yuran :

1 - Bayaran secara online melalui : billplz.com/feeptdh

Maklumat yang perlu diisi adalah jumlah bayaran, nama penjaga, email, pelajar dan bulan.  

2. Para penjaga boleh membuat pembayaran yuran secara online dengan melakukan bankin atau pindahan wang ke akaun :

BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD

NO AKAUN :12113010025573 ( PUSAT TAHFIZ DARUL HAAFIZHIIN )

Setelah pembayaran dibuat, ibu bapa diminta memaklumkan jumlah serta bukti pembayaran kepada pihak PTDH.

Makluman boleh dibuat melalui e-mail - darulhaafizhiin@gmail.com dengan tajuk [ Yuran "bayaran bagi bulan" - "nama pelajar" ]. Contoh : YURAN OGOS - MOHD IRWAN.

 --------------

SUMBANGAN / ZAKAT

Tuan/puan boleh membuat sumbangan secara online dengan cara membuat sumbangan terus melalui FPX : www.billplz.com/dhf-fasa3

Atau  melakukan bank-in atau pindahan wang ke akaun :

MAYBANK BERHAD

NO AKAUN : 564212502685 ( PUSAT TAHFIZ DARUL HAAFIZHIIN )

Sekiranya tuan/puan memerlukan resit pengecualian cukai (LHDN)., tuan/puan diminta memaklumkan jumlah serta bukti pembayaran kepada pihak PTDH.

Makluman boleh dibuat melalui e-mail - darulhaafizhiin@gmail.com 
.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi - 0342578929

LAGI

DUA ORANG PELAJAR DARUL HAAFIZHIIN TELAH TIBA DI MAURITANIA

Alhamdulillah.Dua orang pelajar Darul Haafizhiin telah tiba di Mauritania untuk menyambung pembelajaran diiringi Ustaz Jamiluddin Murad.Mereka merupakan pelajar yang terawal menamatkan syahadah Al-Quran di Darul Haafizhiin Al-Furqan (DHF) dan memperoleh Sijil Tahfiz Malaysia (STM, JAKIM ) dengan pangkat Mumtaz.Darul Hafizhiin Al-Furqan telah membuat MOU untuk menghantar anak-anak ke Mauritania bagi menyambung pelajaran pengajian Islam di peringkat tinggi.Ini merupakan kali pertama pelajar lepasan DHF menyambung pembelajaran ke luar negara sepanjang penubuhan Darul Hafizhiin Al-Furqan sejak 2013.Moga Adik Fawwaz dan Adik Akmal memperoleh Ilmu yang diberkati dan pulang sebagai Murabbi Ummah. Amin...

LAGI

ANUGERAH KAFA SWASTA TERBAIK

Alhamdulillah..Pusat Tahfiz Darul Haafizhiin telah mendapat anugerah KAFA SWASTA TERBAIK Wilayah Persekutuan daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Tahniah kepada semua pelajar, ibubapa dan guru di atas pencapaian ini.

LAGI

Image News
Image News
Image News

Image Banner

Lokasi


Pertanyaan